Friday, January 2, 2009

INDONESIA TOUR 2008

INCARNATION INDONESIA TOUR 6- 12 DEC 2008

Incarnation yang baru saja meriliskan album sulung mereka iaitu “STAINLESS PERFECT MURDER” di bawah naungan SUBHUMAN PROD. Dengan berbekalkan album tersebut, baru- baru ini INC telah melangkah ke negara jiran untuk tour mereka yang pertama. TOUR ini telah dirancang rapi sejak bulan MAC 2008, dar situ kami perlu mencari modal sendiri untuk tiket flight dan juga untuk mengalas perut(LOL!!!). Tour yang mengambil masa selama 1 minggu (6hb- 12hb DEC 2008) mendapat respons yg positif dari pendengar- pendengar muzik berat/metal/hardcore dari negara jiran. Selain itu, INC juga berhasrat untuk mempromosikan album sulung mereka di negara Indonesia selain memperluaskan pengaruh genre muzik yang dibawa.

SEBELUM SHOW

Sebelum memulakan rencana tour ini, Udey sebagai tour manager telah menghubungi beberapa orang rakan dari KL, iaitu booking agensi seperti KENET,UXF bookings dan juga ARWITH, UTARID bookings. Mereka merupakan kenalan yang berpengalaman dalam mengatur show untuk band- band yg ingin mengadakan tour di south east ASIA. Mereka juga pernah bekerjasama dengan band- band luar negara yang ingin tour ke Malaysia. Kedua- dua mereka telah bekerjasama dengan baik sekali dan memberikan kami beberapa contact organizers yang aktif di sekitar Indonesia. Kami mendapat berita baik di mana sebuah band dari Australia, HEREAFTER juga ingin mengadakan SOUTH EAST ASIA tour. Kami mengambil kesempatan untuk tour bersama mereka, namun semuanya berakhir dengan kegagalan kerana tarikh yang dirancang tidak sama.

Udey bertungkus lumus menghubungi beberapa organizers (melalui myspace dan email) yang dicadangkan di sekitar Indonesia, iaitu YOGA dari FAST YOUTH RECS,Jakarta, FEBRI (SWEET AS REVENGE, jakarta), JONEH (FINAL ATTACK,jakarta) ADIT (PREMATURE RECS, Surabaya) serta YUSUF (CARAVAN OF ANACONDA ,Bandung). Alhamdulilah, organizers yang dihubungi memberi respons yang positif di mana mereka amat berminat untuk mengadakan show untuk TOUR INC. Ada di antara mereka yang mengatakan INC sudah mempunyai fans base nya sendiri dimana mereka telah pun mengetahui dengan kewujudan INC serta mendengar lagu- lagu INC di myspace.

Semuanya berjalan seperti dirancang, di mana organizers yang dihubungi menjanjikan beberapa show di sekitar Indonesia, YOGA mengadakan show untuk LAUNCHING ALBUM KILLING ME INSIDE, beliau telah meletakan INC didalam senarai band yang terlibat. ADIT dari Surabaya juga mengadakan LAUNCHING ALBUM TITIK KOMA, dan juga meletakan INC. YUSUF menjanjikan show di bandung manakala JONEH juga meletakan INC utk show di Jakarta.

Dengan berbekalkan hasil jualan album INC, kami pun mula membooking tiket flight untuk ke Jakarta. Kesemuanya seramai 7 orang terdiri dari 5 line up INC, Ahamad Saiful (senselessart) selaku photographer rasmi, dan pembantunya Haris. Tanggal 5hb DEC, kami menaiki AIR ASIA (budget sudah) ke Jakarta, Indonesia. Setibanya kami di sana, kami telah di jemput (red carpet,LOL!!!) oleh YOGA (FAST YOUTH RECS). Beliau merupakan seorang peramah dan bertanggungjawab, layanan yang diberikan amat baik dan memuaskan. Kemudianya kami ke KFC, lunch la…meals yang disediakan di sana agak aneh berbanding KFC di Malaysia. Tanpa membuang masa kami order dan makan apa yang ada. Kemudian, YOGA mengarahkan kami untuk menaiki bas ekpress terus ke “BLOK M”.
Perjalanan dari airport ke BLOK M mengambil masa hampir 2 jam kerana “MACET”,atau JAM (LOL!!!), setibanya di situ, kami dijemput oleh ACHA (STRAIGHT ANSWER), Rahman dan beberapa orang rakan. Kemudiannya kami dikejutkan oleh “RIOT” atau “TAWURAN” pergaduhan besar di antara HI SCHOOL. Seramai 20-30 orang remaja yang masih berpakaian sekolah dan bersenjatakan buluh, kayu, besi etc menyerang remaja dari sekolah yang berasingan membuatkan kami tergamam seketika. Namun penduduk di sekitar BLOK M sudah biasa dengan situasi tersebut dan hanya membiarkannya. Kehadiran patrol car merelaikan pergaduhan itu, namun ianya merupakan pengalaman ngeri yang tidak mungkin berlaku di MALAYSIA.

Setibanya kami di rumah ACHA, kami terus bersiram dan berehat. ACHA kemudiannya membawa kami semua ke venue yg pertama , HANGGAR TERAS, PANCORAN, untuk agenda sound check. Difahamkan, venue ini merupakan tempat di mana MTV Indonesia merakamkan program TV serta show- show live mereka. Memang tak dapat di nafikan gudang yang dijadikan venue itu boleh memuatkan 2000- 3000 orang, kemudian sound system yang disediakan amat memuaskan dan lighting yang cukup. Kami juga sempat berbual dengan ahli- ahli band lain dan juga bertukar pendapat dengan ROCKY salah seorang specialist soundman untuk show- show underground yang besar di Jakarta. Beliau menjalankan tugas dengan baik sekali dan mudah memahami apa yang kami mahukan untuk sound pada keesokan harinya. Kami juga dimaklumkan show itu menelan belanja sebanyak RM9000, untuk venue, backline, sound system serta lighting yang canggih. Jika dibandingkan di MALAYSIA, RM9000 itu sahaja digunakan untuk menyewa venue yang menelan hampir puluhan ribu RM. Kami seolah- olah tidak percaya dengan harga yang dikenakan untuk menjayakan launching party itu. YOGA menyatakan ianya merupakan show yang termahal yang pernah diadakan oleh FAST YOUTH RECS, dan mengatakan betapa bertuahnya INC kerana dapat beraksi di show tersebut.

HARI SHOW

Keesokan harinya, merupakan show pertama kami di Indonesia, ianya mengambil tempat di HANGAR TERAS, PANCORAN. Kami dikejutkan dengan ribuan anak- anak remaja Jakarta yang sudah lama berpusu- pusu untuk memasuki di kawasan venue. Difahamkan tiket yang dijual telah pun SOLD OUT, dan ada yang masih menunggu di luar venue untuk mendpatkan tiket. INC merupakan band yang kedua dalam set list band. INC memulakan dengan lagu yang dimuatkan di dalam album iaitu FORGIVENESS, RISE AND FALL, THE ARRIVAL, YOU KNOW I’M WICKED dan DERANGED OF SILENCE. Rata- ratanya crowd yang hadir amat menyukai set INC dan ada yang sudah mengahafal lirik lagu dan sing along chorus lagu FORGIVENESS, THE ARRIVAL. Mereka semuanya mosh tanpa henti dan sempat melakukan wall of death, slamming, diving, serta circle pit yang besar!!! Kami amat berbangga dan berterima kasih kepada YOGA kerana sudi menjemput INC untuk menjayakan shownya itu. Antara band yang menjaya kan show tersebut adalah DISSIDIA, SWEET AS REVENGE, THIRTEEN, TOCOD, KILLING ME INSIDE.

Sehabis sahaja show, kami kemudiannya ke CROOZ FASHION DISTORTION STORE bersama sebuah band iaitu SWEET AS REVENGE. Pemain bass nya iaitu FEBRY membawa kami ke situ kerana ia merupakan salah satu SPOT HANGOUT yang famous dan menjual pakaian CROOZ CLOTH. Kami sekali lagi bertuah kerana owner CROOZ CLOTH iaitu MAX, telah bersetuju untuk mengendorsed INC dengan CLOTHIN LINE nya. Kami amat berbangga dan berbesar hati kerana ditaja oleh CROOZ CLOTH dan sekarang INC telah menjadi CROOZ OFFICIAL DISTRIBUTOR di MALAYSIA.

HARI KEDUA

Seperti yang dijanjikan show INC yang kedua telah dirancang di venue BULUNGAN COURT di Jakarta. Show ini diadakan pada malam Raya Aidiladha. Namun apa yang menyedihkan ialah kami difahamkan show pada sebelah malam itu dibatalkan atas arahan penduduk setempat kerana menghormati takbir raya yang akan diadakan pada sebelah malamnya tersebut. Kami menghormati keputusan itu dan terus meninggalkan venue. Kemudiannya, kami meniggalkan
kota Jakarta dan seterusnya bergegas ke Surabaya di mana show seterusnya akan bakal berlangsung. Febri terus menghantar kami ke Stesen keretapi Jakarta dan terus ke Surabaya.

HARI KETIGA

Perjalanan ke Surabaya dengan menaiki keretapi memakan masa di antara 10- 12 jam. Perghhhh… memang bosan banget kalau travel dengan keretapi. Namun kami menfaatkan masa dengan bersembang, berehat dan TIDUR!!!!(LOL!!!) Hari ini merupakan hari Raya Aidiladha, mulalah terkenang ahli keluarga di kampung, serta rakan- rakan. Sedih juga sebenarnya beraya di perantauan kerana tidak ada hidangan seperti ketupat rending etc…erm

Kami mengharungi 12 jam dan Alhamdulilah kami tiba di stesen keretapi Surabaya, setibanya kami di sana, kami telah di jemput oleh ADIT (PREMATURE RECS) dan selaku organizer dan road manager di Surabaya. Kemudiannya kami terus di bawa ke hotel untuk berehat dan kemudiannya berlegar- legar di sekitar kota Surabaya.

Pada keesokan harinya ADIT muncul semula dengan vannya dan terus membawa kami ke venue yg telah ditetapkan iaitu Universitas Airlangga, Surabaya. Show sebegini diadakan di Universiti? Timbul persoalan, Sekiranya di Malaysia, hanya band- band indie sahaja yang dibenarkan mengadakan persembahan. Itupun hanya di atas jemputan pihak penganjur “BATTLE OF THE BANDS”(LOL!!!!) sebagai guest band. Setibanya kami di venue, acara soundcheck bakal dimulakan. Alhamdulilah, sekali lagi backline yang disediakan amat memuaskan. Di sana kami bertemu dengan pelajar- pelajar universitas yang rata- ratanya sudah menunggu kehadiran INC. kami disambut dan diberi layanan dengan baik sekali.

Show dirancanakan pada pukul 2 petang, namun slot INC dijadualkan pada lewat sebelah petangnya. Jadi kami hanya tunggu di venue dan melayan band- band yang melakukan persembahan. Kami amat tertarik dengan band yang memainkan muzik komedi/ punk iaitu NO ENTRY di mana lagu- lagunya amat unik. Tajuk lagunya “SEPI” di mana semua line up akan miming dan berada dalam keadan sepi atau snyap, dan juga lagu bertajuk “1 SENTUHAN”, lagu yang hanya dimainkan dalam masa 1 saat. (LOL!!!!), band- band lain yang terlibat adalah NEVER ENDING STORY, TITIK KOMA etc.

Crowd yang hadir sekitar 300- 400 orang turut memberi reaksi yang positif kepada band- band yg beraksi. Kebanyakan mereka terdiri dari student universitas serta crowd dari luar. Seperti biasa mosh pit menjadi liar dengan circle pit, moshing, slamming etc.

INC merupakan band kedua terakhir sebelum TITIK KOMA yang bakal melaunchingkan album mereka. Kelihatan ramai crowd yang sudah berada di hadapan stage dan bakal menyaksikan INC beraksi. Set INC sepert biasa bertenaga dan konsisten sekali menyebabkan ramai crowd yang mula melakukan mosh ketika break down pada setiap lagu.
Terima kasih kepada ADIT kerana telah memutarkan lagu “OBLIGATE” di corong- cororng radio Surabaya dan juga lain- lain promosi sebelum INC tiba di Surabaya.

INC sekali lagi menjadi tumpuan kerana vocalist TITIK KOMA LUTHFI menjemput YADD untuk berduet dengannya menyanyikan lagu bertajuk “ SILENT KILLER”. Lagu yang bergenre deathcore serta berelement trash. Rata- rata crowd yang hadir amat menyukai kolaborasi antara dua band tersebut. INCxTITIK KOMA dan turut bernyanyi sambil mosh.

Sehabis sahaja show, kami dapati bahawa cara crowd di sini menyambut band- band amat mengharukan, ada diantara mereka meminta pick guitar, tshirt yang dipakai oleh kami sebagai tanda ingatan. Ada juga yang meminta tandatangan ahli INC di baju mereka sendiri(we love you LARRY). Situasi yang amat berbeza sekali jika dibandingkan di Malaysia.

HARI KE EMPAT

Hari yang keempat merupakan show kami di Bandung, kami pun cuba menghubungi organizer iaitu YUSUF ( CARAVAN OF ANACONDA). Tetapi, dukacitanya beliau memaklumkan show di Bandung dibatalkan atas arahan pihak polisi. Ini kerana tragedy yang menimpa 11 orang crowd yang dipijak mati ketika band dari Bandung “BESIDE” mengadakan launching party mereka.

Kami bernasib baik kerana belum membeli tiket ke Bandung dan berharap ADIT akan mendapatkan show di Surabaya. Alhamdulilah, ADIT dapat menghubungi pihak universiti dan kami sekali lagi dapat beraksi di UNIAIR (uni airlangga). Kali ini stagenya open air dan disaksikan oleh penuntut universiti itu sendiri, shownya agak kecil berbanding yang sebelumnya. Sekitar 50- 100 orang menyaksikan INC beraksi di stage open air tersebut.

Sehabis sahaja show tersebut kami perlu bergegas pulang ke Jakarta kerana flight yang di jadualkan pada hari berikutnya, sekali lagi ADIT dan juga ahli band TITIK KOMA menghantar kami ke stesen keretapi pada sebelah petangnya. Walaupaun baru sahaja berkenalan namun layanan yang diberikan oleh ADIT serta TITIK KOMA anat kami hargai. Kami sempat berslaman serta berpelukan menandakan tanda sahabat yang tidak ada noktahnya( BFF!!!). Suasana menjadi hiba dan sebak seketika.

HARI KE LIMA

Sekali lagi kami megharungi 10-12 jam di dalam keretapi namun masa yang terluang di manfaatkan dengan beristirehat yang panjang( TIDOR LAA…) Setibanya kami di kota Jakarta, FEBRI datang menjemput kami dan membawa kami bersiar- siar dan meninjau di sekitar kota Jakarta. Hari- hari terakhir kami di Jakarta diisi dengan penuh makna bersama kenalan baru . Kami sempat hangout sekali lagi di CROOZ STORE dan bertukar- tukar pandangan, idea serta berkongsi pengalaman. Yang pentingnya semangat kekawanan atau brotherhood yang wujud di dalam diri mereka menyebabkan kami berasa terharu dan enggan mempercayainya walaupun baru sahaja berkenalan. Semangat sebegini yang perlu ada di dalam setiap manusia tanpa mengira darjat, kuasa ataupun bangsa.

Pada sebelah malamnya, FEBRY sempat membawa kami ke studio latihan di mana SWEET AS REVENGE akan jamming, persediaan untuk show mereka. INC juga sempat berjammin session bersama mereka. Ini adalah latihan untuk kami kerana setibanya di KL, INC akan beraksi di show BRIDGING OCEAN 4.

kemudiannya, kami pulang ke rumah FEBRY untuk mengambil luggage kami dan bergegas ke airport untuk menaiki flight AIR ASIA (budget sudah) yang dijadualkan pada pukul 6-30 pagi waktu tempatan. Dii airport kami sempat bersalaman serta berpelukan bersma FEBRY serta rakan- rakannya.
Suasana menjadi lebih sedih dan terharu kerana terpaksa meninggalkan Jakarta dan juga teman- teman baru yang baru sahaja kami kenali. Kami amat berbangga dan bersyukur dengan layanan dan semangat persahabatan yang terjalin di antara kedua belah pihak. Sudah tentu kami akan mengingatinya dan seterusnya menjadikannya sebagai pengalaman baru yang bakal mematangkan diri kami.

UDEY, INC


No comments: